Jenis Perniagaan di Malaysia dan Perbandingan


Di Malaysia, terdapat empat jenis perniagaan yang boleh dibina yang bersesuaian dengan perniagaan yang ingin anda jalankan iaitu:
  • Perniagaan Tunggal
  • Rakan Kongsi
  • Perkongsian Liabiliti Terhad
  • Syarikat Sendirian Berhad

Setiap jenis perniagaan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang mungkin sama antara jenis perniagaan mahupun berbeza.

Berikut adalah perbandingan antara jenis perniagaan yang ada di Malaysia:

 Perniagaan TunggalRakan KongsiPerkongsian Liabiliti TerhadSyarikat Sendirian Berhad 
PeneranganPerniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik menggunakan nama peribadi atau nama perdagangan.Perniagaan yang dimiliki lebih dari seorang pemilik yang menggunakan nama peribadi atau nama dagangan.Gabungan antara syarikat sendirian berhad dan rakan kongsi.Entiti yang ditubuhkan oleh beberapa individu yang boleh memiliki hartanah, membuat perjanjian serta menggajikan pekerja. Tidak boleh menjual saham kepada umum.
Tambahan Pada Nama PerniagaanTiada perkataan spesifik. Tiada perkataan spesifik."PLT" atau "Perkongsian Liabiliti Terhad"."Sdn. Bhd." atau "Sendirian Berhad" atau "Bhd." atau "Berhad".
KesesuaianPerniagaan mikro dan kecil. Sesuai untuk pelaburan seorang individu tanpa melibatkan pekerja.Sesuai untuk firma profesional yang tidak memerlukan dana yang besar.Perniagaan pemulaan dan kecil.Sesuai untuk perniagaan atau perusahaan kecil, sederhana dan besar.
Contoh PerniagaanKedai runcit, salon rambut, tukang paip, kedai kraf, dan sebagainya.Firma perakaunan, firma guaman, dan sebagainya. Perniagaan perkhidmatan profesional.Syarikat kejuruteraan, pengilangan, dan sebagainya.
Pengurusan PerniagaanPemilik Individu Rakan KongsiRakan KongsiAhli Lembaga Pengarah 
Jumlah Rakan Kongsi/Pemegang Saham Seorang sahajaMinimum 2 hingga 20 rakan kongsi (kecuali rakan kongsi amalan profesional - tiada had)Minimum 2 rakan kongsi, tiada had maksimumMinimum 1 dan maksimum 50 orang bagi syarikat Sdn. Bhd. Tiada had maksimum bagi syarikat Bhd.
Keperluan Setiausaha Syarikat/Pegawai Pematuhan Tidak perlu Tidak perlu Seorang atau lebih rakan kongsi bertindak sebagai Pegawai Pematuhan atau Setiausaha Syarikat berlesen Setiausaha Syarikat berlesen bertindak sebagai setiausaha syarikat
Keperluan AuditTidak perlu Tidak perluTidak diwajibkan kecuali dinyatakan di dalam perjanjian rakan kongsi Akaun wajib diaudit 
Pematuhan Tahunan Kepada SSMTidak perluTidak perlu Wajib untuk membuat Pernyataan Tahunan dan penyataan kesolvenan dalam tempoh 90 hari dari akhir tahun kewanganMesti mengedarkan penyata kewangan yang diaudit kepada pemegang saham.

Wajib membuat penyata tahunan setiap tarikh ulang tahun syarikat dan penyata kewangan yang diaudit dalam tempoh 6 dari tahun kewangan berakhir ke SSM
Pembaharuan LesenWajib Wajib Tidak perlu Tidak perlu 
 LiabilitiLiabiliti tidak terhad. Sekiranya anda tidak mampu membayar hutang, penghutang boleh menuntut melalui aset peribadi anda.Liabiliti tidak terhad. Semua rakan kongsi adalah bertanggungjawab atas kerugian dan kegagalan perniagaan.Liabiliti terhad kepada rakan kongsi dengan peraturan dalaman yang lebih fleksibel seperti perniagaan rakan kongsi.Liabiliti terhad. Sekiranya syarikat gagal untuk memenuhi liabilitinya, penghutang tidak boleh menuntut melalui peribadi pemilik.
Pihak yang Menanggung Hutang PerniagaanPemilik individu Rakan KongsiPLT Syarikat 
Pembahagian KeuntunganPemilik keseluruhan.Tertakluk dalam perjanjian rakan kongsi.Tertakluk dalam perjanjian rakan kongsi PLT.Mengikut pecahan pemegang saham dalam syarikat.
Anggaran Kos PermulaanRM60 - RM100++

~RM30 penyelenggaraan tahunan
RM100++

~RM30 penyelenggaraan tahunan
RM500++

~RM200 penyelenggaraan tahunan
RM1,600++

~RM2,500 penyelenggaraan tahunan
Tempoh Masa Pendaftaran1 jam di kaunter SSM1 jam di kaunter SSM4-7 hari bekerja7 hari bekerja
Pematuhan Cukai PendapatanKeuntungan dicukai ke atas individu. Tidak boleh mendapat kelebihan potongan cukai yang diberi kepada syarikat kecil.Keuntungan dicukai ke atas individu rakan kongsi. Tidak boleh mendapat kelebihan potongan cukai yang diberi kepada syarikat kecil.Dianggap seperti syarikat Sdn. Bhd. dengan kadar cukai yang sama untuk pendapatan bercukai RM500,000 yang pertama.Kadar cukai untuk pendapatan bercukai RM500,000 pertama. Perancangan cukai dan penjumatan yang lebih baik.
Kesinambungan perniagaanPemilikan perniagaan tidak boleh ditukar ganti. Perniagaan terbubar apabila pemilik bersara atau meninggal dunia. Pemilikan perniagaan tidak boleh ditukar ganti. Perniagaan terbubar apabila rakan kongsi bersara atau meninggal dunia.Syarikat kekal wujud walaupun pemilik asal atau rakan kongsi meninggal dunia.Syarikat kekal wujud walaupun pemilik asal atau pemegang saham meninggal dunia.
Peluang Sumber DanaDana diperoleh dari pembiayaan mikro atau berganting kepada kapasiti dan harta pemilik. Setiap rakan kongsi mungkin mempunyai kapasiti kekayaan individu yang berbeza. Pihak bank tidak boleh menerima perbezaan setiap individu.Masih baru di Malaysia dan mungkin kurang difahami oleh kebanyakan bank dan agensi-agensi kerajaan. Lebih mudah jika pengurusan kewangan diurus seperti syarikat Sdn. Bhd.Lebih mudah dan mempunyai kredibiliti untuk pembiayaan kerana dianggap syarikat lebih meyakinkan, stabil dan ada kesinambungan.
Sumbangan ModalSumbangan individu.Sumbangan rakan kongsi. Sumbangan rakan kongsi. Sumbangan pemegang saham.
Pemilik PerniagaanIndividu perseorangan. Rakan kongsi.Rakan kongsi yang menyumbangkan modal.Pemegang saham atau ahli yang memiliki 'saham' dan mempunyai hak tertentu di dalam syarikat.
Status Undang-undangTiada status entiti undang-undang yang berasinganTiada status entiti undang-undang yang berasinganEntiti undang-undang berasinganEntiti undang-undang berasingan
Pembetukan PerniagaanMudah dan ringkas.

Kurang kertas kerja
Mudah dan ringkas.

Kurang kertas kerja
Mudah dan ringkas.

Kurang kertas kerja
Perlu banyak kertas kerja dan lebih mahal 
PentadbiranRingkasRingkasRingkas Kompleks 


Catat Ulasan

0 Ulasan